Search This Blog

Nov 24, 2011

Pemangkin rasa mahu ngeblog

     Thanx banyak-banyak untuk 'Untuk Kawan-kawan Yang Kita Suka'.. Sebab baca entry-entry dia la buat aku nak menulis semula.. bukan MENIRU.. tapi terinspirasi..

     Pernah aku ada blog.. 2 kali tak salah aku.. tapi semua tak kekal.. mungkin sebab aku tak pandai nak merapu bila menulis..Selalu aku fikir bila blog harus 'disclose' kisah hidup, harus tulis bagi eksaited.. Tapi blog dia dah ajar aku untuk ekspresskan diri..

     Aku memang suka ekspreskan diri guna perkataan tapi selalunya hanya untuk simpanan sendiri. Malu untuk berkongsi sejak sekolah lagi. Mungkin juga sebab karekter aku yang 'bold', petah bercakap dan tegas membela diri.

     Tapi dalam petah itu, tak ada perasaan aku selitkan sebab takutku pada orang yang dapat baca zahir aku yang sebenar.. Aku pasti semua yang berkarekter seperti aku juga semuanya macam ini. kan? baik ngaku je koranggg...

     Mau sj aku masukkan puisi aku dalam blog tapi selepas tukar laptop, mana hilang entah semua tulisan aku.. sayang.. bukan senang nak menulis perkara yang sama.. rasa hati hanya datang sekali.. sedih..

     Sejak ke bumi eropah, masa tak memberi peluang untuk aku berfikir dan menulis. Mungkin aku yang tak mencari masa. pemalas..keke..

    Terkadang penat dengan ilmu perubatan yang kompleks lagi bertimbun.. dapat juga aku urai yang terkusut dengan mainan perkataan. Minat pada bahasa tak pernah luntur..

Inggeris perancis melayu,
Minatku tak pernah tersuam kuku,
Tinggal aku bukan kaku,
Tinggalku mencari sesuatu yang baru,
Kiniku kembali takkanku membatu,
Gerak jariku akan terus dan terus maju.

     FYI, tahniah sebab ko dah kahwin.. Selaku peminat aku panjatkan doa moga berkekalan sampai ke syurga. aku suka je Syeera ko tu.. kiut! bukan senang aku nak approve.. senyum sikit…yeayy.. mcm tu laaa ZA.. ;-)

P/S: merci beaucoup juga kepada sahabat aku , Cipa yang ajar aku mcmna blog ni operates.. hee <3!
 



2 comments:

Unknown said...

tanx dear coz mention my name there.. hehe :) anyway.. keep it up dear.. goodluck =D

...troubadour... said...

thanx cipa!!! heeee...