PEREMPUAN!! haha.. jeng3.. Dari semalam terfikir nak tulis entry ni..tapi aku terpaksa lelapkan mata awal (takde la awal sangat pun), kalau tak alamatnya tak bangun subuh la aku..
Bak kata sahabat lelaki aku dulu semasa aku tetiba marah dia.. lepas aku minta maaf, dia cakap,
"takpe, WOMEN ARE DRIVEN BY HORMONES".
HAHA.. well said Abu (bukan nama sebenar)!!
Tapi bukan fasal PMS yang nak aku bincangkan.. Bukan fasal hormon apa yang dirembes nak aku bincangkan malah bukan juga fasal Abu bajet cool beri jawapan cover malu nak aku bincangkan.
Tapi pasal feelings dan perasaan seorang yang digelar perempuan.. WAHHHH.. biar btol Camen tulis pasal ni.. ha! jangan memain.. Cik Camen deep jugak tauu..
Aku pun sebenarnya kurang faham dengan perasaan dan cara pemikiran kaumku.. perasaan bahagia sampai ke langit tujuh boleh dihamparkan pada sekecil-kecil kegembiraan.. juga sebak dada; luruh hati sampai ke bumi pada sekecil-kecil kesedihan.
Aku tak hamburkan ini kepada sesiapa.. Sebenarnya, aku lihat sendiri pada diriku.. gembira aku bila lihat status aku di 'like' olehnya sudah cukup buat aku tak tidur malam. Bisa juga aku menari-nari sepanjang malam haha ( amaran: terselit hiperbola).
ouhhh..berballet ala-ala miss Hepburn :)
Meremang tengkuk semalaman sampai terpaksa aku pegang kuat. Walhal, eleeehhhhhhhh… orang lain pun boleh 'like' kot.. sekali klik je pun.. ape nak happy sangat..
Tapi itulaa.. alasannya..,
'PEREMPUANNN…'


No comments:
Post a Comment