Search This Blog

Feb 12, 2014

HOW I WISH...

How I wish I could silent my heart's whispers
How I wish I could close my tender eyes on you
How I wish I could stop my lips from smiling to you
How I wish my heart stops jumping everytime seeing you
How I wish I could stop reread all your messages
How I wish I could halt myself from looking at your pictures
How I wish I could be with you
How I wish you could tell all your fears and sadness
How I wish you could tell me all your hopes and dreams
How I wish I could be in your plans and future
How I wish I could take care of you
How I wish I could bear children for you
 
............................BUT.............................
How I wish you could see all my sufferings just to wait for you
How I wish you feel the same way too
How I wish I could runaway from this feelings
How I wish I am not your friend anymore
How I wish you see me
How I wish you love me
How i wish 

May 25, 2013

randomly speaking



      sejak dari bangku sekolah lagi, semua orang tahu aku ini personalitinya yang bagaimana. Aku sememangnya tidak mampu untuk membincangkan hal cinta dan soal perasaan.
Sepanjang 23 tahun celiknya mata ini, perasaan ini hanya hadir beberapa kali mungkin. Tapi sangat jarang aku  melayannya.
      Yang pertama: Aku menyayangi seseorang yang aku sendiri gelar sahabat baik. Aku mula menaruh rasa ini sebelum kami berkawan rapat. Mungkin itu cara aku untuk mengenali seseorang; menjadikan mereka seorang teman rapat. Tapi aku sentiasa silap bila langkahku ini telah meng-friendzone-kan dia. 'Sailang' adalah perkataan tepat untuk aku menggambarkan peristiwa itu.. seorang kawan meragut kebahagiaN aku pabila aku memberi sepenuh kepercayaan. Terbaik. Tak pernah aku lupakan. Sentiasa dalam memori. Andai kata aku berjumpa lagi kamu sebelum di Masyar, aku maafkan kamu, tapi tidak aku lupa apatah lagi menyambung tali yang terputus ini. Aku terima kamu sebagai kenalan aku. Itu sudah cukup barangkali.
     Yang kedua: Aku tertarik pada kelembutannya. Cara pertuturan yang sopan, cara memberi senyuman tampak ikhlas, cara melayan sangat lembut. Tetapi dia dan aku jauh bezanya. Dia dan aku seperti dua benua yang berbeza. Aku tak munngkin melangkah masuk dunianya yang serba lengkap, dia juga takkan rela melangkah masuk ke alam penuh kebosanan, kekurangan. Effort yang aku cuba letak tak cukup untuk hubungan melompat ke takuk atas. Merangkak sahaja tidak cukup, aku letih lalu aku terbaring dan menggelongsor ke takuk yang lama, ke tempat asal, ke tempat 'safe zone' aku.
    Yang ketiga:
Seorang yang aku kenal sejak 5 tahun lalu. seseorang yang aku rasa sangat jauh dan tak mungkin hati ini akan rapuh melihatnya. Tapi kini, semua ketidakmungkinan sudah terjadi.
Kadang-kadang aku cuba menjaga hatiku. aku dindingkan hati aku setiap kali ia runtuh, aku tampal mana yang bocor, tapi aku penat untuk baiki dinding setiap kali aku bertemu. Syamin seorang perempuan yang kuat tapi aku sendiri mengakui diri aku ini lemah. Setiap kali bertemu, dinding aku akan runtuh. aku sendiri tak mahu tinggikan dinding itu, aku biar ia bocor. Tapi aku sedar dia takkan mungkin melihat aku seperti mana aku melihatnya. Dia sudah berpunya.
Terasa diri ini berdosa tatkala selalu mengharapkan hubungannya gagal. Aku sentiasa berperang dengan perasaan sendiri. maka, ada masanya aku 'hot' adan masanya aku 'cold'
Aku takut nak mencuba, takut gagal takut malu, takut aku tak mampu lagi berdepan dgnnya. takut.

Aku pula tak mampu nak melahirkan perasaan kepada seseorang yang aku tak kenal. Aku tak mampu nak membuka peluang pada seseorang yang aku tiada hati untuknya. Jadi, pilihan apa yang aku ada. hmm…Ini bukan jual mahal. Ini soal takut juga. hmm..





Jan 23, 2013

Passport pertama

Termenung aku di cermin tingkap, melihat jauh hijau bumi itali. Tren dari florence bergerak ke selatan, berhenti di beberapa transit mengambil dan menurunkan penumpang. Destinasiku kini adalah napoli. Dalam kebosanan 5jam durasi perjalanan, aku membelek2 passport. Passportku yang pertama membawa pengalaman hidup yang tak ternilai. Selak dan selak setiap helaian, satu demi satu cop negara mencoretkan segala cerita. Cerita buruk dan indah; semuanya aku sematkan sebagai memori yang takkan dilupakan.
Perjalanan 8 hari aku menakluki itali dan athens ini akan menjadi destinasi terakhir sebelum dua pasang kaki ini menari; kiri kanan kiri kanan, menapak kembali ke timur. Satu perasan bercampur baur, tak tahu samada aku gembira atau sedih. Gembira ternanti2 akan hidup baru di negara sendiri. Sedih meninggalkan hidup yang ada di dublin. Dan yang pasti kini rasa sedih itu melebihi gembira.

Dec 5, 2012

Kisah Masa Depan, KAHWIN?

           'Jom kita tengok siapa yang akan kahwin dulu, hahaha', 
gelak ngilai-ngilai dengan kawan-kawan sebatch.

Itu dulu. Zaman 2007.. Semua tak mahu mengaku siapa nak kahwin dulu. Semua nak excited nak ramal masa depan,

              'hang kot kahwin dulu, hang kapel lama dah'.
    HAHA..

    Semua salah. Sekarang orang yang hangpa least expected yang akan masuk ke alam perkahwinan dulu
Bermula dengan Arul, antara kawan yang paling aku rapat dan sayang. Dia pioneer batch SS37. Tahniah Arul, hang dah jumpa orang yang paling hang sayang. Nampak sangat bahagia. 25NOV2012 lepas dia dah ikat tali pertunangan. insyaAllah tahun depan bulan Jun dia nak nikah. :')

    Sekarang Madihah pulak inform kat SS37 facebook group, dia nak tunang 21 DEC2012 ni.. Tahniah sekali lagi.. Tak sangka baru rasanya tahun lepas dia kongsi cerita sedih; suka kat boss tapi tak kesampaian. Tengok sekarang..bahagia, dan nak kahwin dah.. hrmmm… tersenyum bila aku tahu berita-berita ni.. like a proud mother haha

    Ada kawan-kawan yang cemburu sebab depa dah jumpa pasangan masing-masing. Tapi takpa kawan-kawan… Kalau ada jodoh tak kemana. Depa ni semua dah keja, dah rasa prioriti depa dah kurang. So kahwin adalah satu cara untuk depa mula hidup baru. Tapi untuk orang yang macam aku, ada banyak lagi yang aku nak achieve. Banyak sangat. Maka bab perkahwinan, mencari pasangan aku letak tepi. Serious ianya memang di tepi, paling hujung. 

    Bagi aku bila sampai masanya, aku akan fikir. Allah pernah kata, KUN FAYYAKUN.. "jika Aku kata jadi, maka jadilah". So, that is it.. No worries :)

Oct 24, 2012

22nd BIRTHDAY: muka gembira hati luka

      Dah dekat 2 minggu masalah rumah ni menghantui hidup aku. Aku diminta mengosongkan rumah dalam tempoh 1 bulan. Masalahnya notis ini datang tiba-tiba dimana aku tak bersedia nak hadapi masalah yang membebankan ini. Aku terdiam bila pertama kali membaca notis itu. Tuan rumah berbangsa Irish ini busuk. Masakan dia boleh menjual rumah ini dengan ada nya orang yang menyewa. Kontrak kami sepatutnya tamat bulan mac 2013 tapi baru saja nak melangkau masuk bulan October 2012, sudah diminta kosongkan. Penipu.. Pentingkan diri sendiri. Dasar bangsa dilaknat!

2 minggu aku diamkan diri. Aku cuba cari jalan penyelesaian. aku bukan jenis yang duduk diam mahu orang 'comfort' kan tapi tangan terikat. aku cuba mencari rumah lain. Tapi aku sendiri pun sedar, sukar untuk mencari ganti rumah yang aku jaga rapi, kemas tersusun, cuci calat. Susah untuk aku cari rumah yang dekat, berpatutan, selesa. Susah untuk aku cari tuan rumah mana yang mahukan kontrak hanya 4 bulan saja lagi! Aku akan pulang terus ke Malaysia Mac 2013. Tak ada.

Sampai satu masa, aku putus asa.. ya aku putus asa di awal perjuangan. Aku tak mampu nak meletakkan prioriti hidup, masa dan tenaga pada masalah ini. Maka aku pun mendiamkan diri, cuba telaah, cuba senyum, cuba abaikan. Ya nampak kan? Aku lari dari masalah aku. Aku tahu aku tak sepatutnya. Baru aku tahu aku juga manusia lemah. tipikal. Aku fikir aku perempuan yang mahu digelar kuat, tabah, 'survival of the species' tapi aku juga lemah. Tak ada kosa kata lain mampu mengantikan 'lemah'.

Aku sedaya upaya tak mahu menyusahkan kawan-kawan yang lain. Tak mahu merebut ruang mereka. Tak mahu mencuri privasi mereka. Tak mahu. Tapi apa daya aku terpaksa. Allah saja tahu betapa mulut aku berat meminta bantuan. Mungkin aku sedar aku juga kurang beri pertolongan. Sebab aku fikir, aku takkan sesenang-senang untuk menyusahkan orang lain dan aku selalu mengharapkan mereka yang lain juga begitu. Selagi boleh aku masih mahu pijak atas kaki sendiri, biar aku susah tak apa. Tapi keadaan memaksa dan aku tiada pilihan.

Allah terima kasih, aku tak sangka kau berikan kawan-kawan yang baik yang ikhlas. Tapi aku masih rasa bersalah; aku ambil sebahagian hak mereka. aku akan tetap rasa bersalah sampai tamat sesi kuliah Mac ini.

Aku tak suka berkongsi masalah dengan orang ramai, sebab bagi aku bukan semua yang benar-benar mahu tolong, bukan semua yang benar-benar dengar. Mereka ada yang hanya mahu tahu 'headline'; takut diserbu orang, kata mereka kurang celik masalah rakan. Aku juga tak kongi masalah dengan mak dan baba, aku takut mereka risau. Aku jauh beribu batu, Aku tak mampu biar mereka fikir masalah aku. Lagipun pada usia 22 tahun, aku sepatutnya tahu buat keputusan dan pertimbangan.Masalah aku ini kecil berbanding dengan apa yang mereka pernah dan tengah hadapi. Macam sehelai daun dari sepohon pokok rimbun.

Hari lahir aku kali ni tertutup tirainya dengan juraian airmata. Aku tak mampu lagi senyum untuk hijabkan kerisauan hati ini. Moga ada hikmah disebalik dugaan yang diberi. Moga ada dosa yang gugur atas ketabahan hati dan… moga ada ganjaran pada tangan yang hulurkan simpati :')

Terima kasih blog dan bahasa. Tanpa anda hati kusut tak terurai dek jari yang lincah menekan huruf.

Oct 14, 2012

THE UGLY GOD DAMN MOTHERF*CKER BASTARD IS ME

SYAMIN!! kau tak penat ka asyik naik berat badan ja.. bila turun naik balik.. naik mendadak pulak tuuu… ohhh dearrrr..For a 5'4 inch tall girl like you, you should weigh just about 54-67kg ONLY!! thats the ideal weigh for that kind of height..Now what happens??? You like a God damn motherf*cker OBESE.. you had surpassed that ideal weight long time agooo.. The last time I remembered was 2006 perhaps.. ughhh…Since the last winter, you put on 10 more kgs.. and you succeeded to reduce it by 2-3kg.. Then, what happened then?? you put that 2-3kg up again.. You UGLY BASTARD SYAMIN!!!Now, Ive been seeing you eating alotttt.. Stop cooking malay dishes. They make you eat rice from like satu sawah padi..




Now you should listen to me SYAMIN…

1. Stop eating rice too often.. 2-3 times a week for a start..
2. FAST!!! no matter what fast on MONDAY and THURSDAY.. no compromise! if its not like muslim fast just do like the indians! or just drink the fu*king water the whole day till the sun sets
3. I dont how you gonna do this cause you're one lazy asshole… exercise.. I know you hate running, but do the others stupid!
4. Dont go to the kitchen, korek2 searching for food at night.. studying makes you hungry but it doesnt mean you have to eat heavy food… bitch!





I just have lack of continuous determination, and less continuous support.


P/S: sorry syamin, this the first time I use such a complete oxford dictionary profanity in one topic.. never do this again.. dont try this at home.. :|

Oct 11, 2012

Adulthood kills me

5 years old,1995 --- 
Mak, when can I go to school?? Mak, boring la duk rumah…

12 years old,2002--- 
I cant wait to wear those light blue kain!! Mak can I throw this white shoes, Im not going to wear it no more.

13-17 years old, 2003-2007---
 I wonder how amazing life would be to be in College? No more uniforms and say Bienvenue to freedom!! 

21 years old,2011
--- LIFE IS GREAT! adult officially!! I could do anything I want to.  Its finally here..

So, here comes the content: Adulthood kills me…


Recently on Facebook profile : 
 "Being an adult is so much fun when you are legal in most stuffs you cant do when you're minor but when it comes to problems, they are serious shits that you have to face, no more "im gonna tell my mum!".. :|"


          YES, I,the eager and patient less creature ever made by God. I always desire more than I should earn at one time. I've been manufactured with an extra dose of greedy. My wish to become a fully grown up woman was overwhelmed since I was young. My eyes are wandered to find images that could matches me. I had been sculptured by the characters mostly I observed; I mixed them up, creating a new version of human being.

       Sometimes being a young adult, there are so many things that I cant handle. OF COURSE,I love paying my own bills, living in my own rented apartment, purchasing stuffs I love with my money though Im not yet earn it by getting my ass to work.

   Handling LIFE theoretically its easy.. ONLY when everybody around us done their parts. Adults like messing around with young adults like me. They take us lightly, they make us miserable; they are bully. And I, I am terrifically inexperienced, I am anxious trying new stuffs, I am afraid of been judged, highly incompetence and perfectly vulnerable to be stepped on.

          Well perhaps this is the idea of being an adult. You're capable of doing anything better than the other age groups. You have this feeling of contentment and proud to be the dominance. The need to make one suffer the way you suffered. The pleasure to be viewing one's agony; sadist! Maybe I have to succumb to this rule of the universe, its a cycle, its going round and round. I might be doing the same thing later in life. Lets hope not..