Search This Blog

Oct 24, 2012

22nd BIRTHDAY: muka gembira hati luka

      Dah dekat 2 minggu masalah rumah ni menghantui hidup aku. Aku diminta mengosongkan rumah dalam tempoh 1 bulan. Masalahnya notis ini datang tiba-tiba dimana aku tak bersedia nak hadapi masalah yang membebankan ini. Aku terdiam bila pertama kali membaca notis itu. Tuan rumah berbangsa Irish ini busuk. Masakan dia boleh menjual rumah ini dengan ada nya orang yang menyewa. Kontrak kami sepatutnya tamat bulan mac 2013 tapi baru saja nak melangkau masuk bulan October 2012, sudah diminta kosongkan. Penipu.. Pentingkan diri sendiri. Dasar bangsa dilaknat!

2 minggu aku diamkan diri. Aku cuba cari jalan penyelesaian. aku bukan jenis yang duduk diam mahu orang 'comfort' kan tapi tangan terikat. aku cuba mencari rumah lain. Tapi aku sendiri pun sedar, sukar untuk mencari ganti rumah yang aku jaga rapi, kemas tersusun, cuci calat. Susah untuk aku cari rumah yang dekat, berpatutan, selesa. Susah untuk aku cari tuan rumah mana yang mahukan kontrak hanya 4 bulan saja lagi! Aku akan pulang terus ke Malaysia Mac 2013. Tak ada.

Sampai satu masa, aku putus asa.. ya aku putus asa di awal perjuangan. Aku tak mampu nak meletakkan prioriti hidup, masa dan tenaga pada masalah ini. Maka aku pun mendiamkan diri, cuba telaah, cuba senyum, cuba abaikan. Ya nampak kan? Aku lari dari masalah aku. Aku tahu aku tak sepatutnya. Baru aku tahu aku juga manusia lemah. tipikal. Aku fikir aku perempuan yang mahu digelar kuat, tabah, 'survival of the species' tapi aku juga lemah. Tak ada kosa kata lain mampu mengantikan 'lemah'.

Aku sedaya upaya tak mahu menyusahkan kawan-kawan yang lain. Tak mahu merebut ruang mereka. Tak mahu mencuri privasi mereka. Tak mahu. Tapi apa daya aku terpaksa. Allah saja tahu betapa mulut aku berat meminta bantuan. Mungkin aku sedar aku juga kurang beri pertolongan. Sebab aku fikir, aku takkan sesenang-senang untuk menyusahkan orang lain dan aku selalu mengharapkan mereka yang lain juga begitu. Selagi boleh aku masih mahu pijak atas kaki sendiri, biar aku susah tak apa. Tapi keadaan memaksa dan aku tiada pilihan.

Allah terima kasih, aku tak sangka kau berikan kawan-kawan yang baik yang ikhlas. Tapi aku masih rasa bersalah; aku ambil sebahagian hak mereka. aku akan tetap rasa bersalah sampai tamat sesi kuliah Mac ini.

Aku tak suka berkongsi masalah dengan orang ramai, sebab bagi aku bukan semua yang benar-benar mahu tolong, bukan semua yang benar-benar dengar. Mereka ada yang hanya mahu tahu 'headline'; takut diserbu orang, kata mereka kurang celik masalah rakan. Aku juga tak kongi masalah dengan mak dan baba, aku takut mereka risau. Aku jauh beribu batu, Aku tak mampu biar mereka fikir masalah aku. Lagipun pada usia 22 tahun, aku sepatutnya tahu buat keputusan dan pertimbangan.Masalah aku ini kecil berbanding dengan apa yang mereka pernah dan tengah hadapi. Macam sehelai daun dari sepohon pokok rimbun.

Hari lahir aku kali ni tertutup tirainya dengan juraian airmata. Aku tak mampu lagi senyum untuk hijabkan kerisauan hati ini. Moga ada hikmah disebalik dugaan yang diberi. Moga ada dosa yang gugur atas ketabahan hati dan… moga ada ganjaran pada tangan yang hulurkan simpati :')

Terima kasih blog dan bahasa. Tanpa anda hati kusut tak terurai dek jari yang lincah menekan huruf.

1 comment:

Unknown said...

babe, are u okay?? :') aku harap hg kuat k? tabahkan hati.. kmi jaoh, kami takley nk buat pape, just bg semangat je kan? huu.. aku hny mampu doakan dari jaoh... urm...
by then, ini akan menguatkan lagi hg kan? untuk menghadapi masa2 akan dtg kan? :)