sejak dari bangku sekolah lagi, semua orang tahu aku ini personalitinya yang bagaimana. Aku sememangnya tidak mampu untuk membincangkan hal cinta dan soal perasaan.
Sepanjang 23 tahun celiknya mata ini, perasaan ini hanya hadir beberapa kali mungkin. Tapi sangat jarang aku melayannya.
Yang pertama: Aku menyayangi seseorang yang aku sendiri gelar sahabat baik. Aku mula menaruh rasa ini sebelum kami berkawan rapat. Mungkin itu cara aku untuk mengenali seseorang; menjadikan mereka seorang teman rapat. Tapi aku sentiasa silap bila langkahku ini telah meng-friendzone-kan dia. 'Sailang' adalah perkataan tepat untuk aku menggambarkan peristiwa itu.. seorang kawan meragut kebahagiaN aku pabila aku memberi sepenuh kepercayaan. Terbaik. Tak pernah aku lupakan. Sentiasa dalam memori. Andai kata aku berjumpa lagi kamu sebelum di Masyar, aku maafkan kamu, tapi tidak aku lupa apatah lagi menyambung tali yang terputus ini. Aku terima kamu sebagai kenalan aku. Itu sudah cukup barangkali.
Yang kedua: Aku tertarik pada kelembutannya. Cara pertuturan yang sopan, cara memberi senyuman tampak ikhlas, cara melayan sangat lembut. Tetapi dia dan aku jauh bezanya. Dia dan aku seperti dua benua yang berbeza. Aku tak munngkin melangkah masuk dunianya yang serba lengkap, dia juga takkan rela melangkah masuk ke alam penuh kebosanan, kekurangan. Effort yang aku cuba letak tak cukup untuk hubungan melompat ke takuk atas. Merangkak sahaja tidak cukup, aku letih lalu aku terbaring dan menggelongsor ke takuk yang lama, ke tempat asal, ke tempat 'safe zone' aku.
Yang ketiga:
Seorang yang aku kenal sejak 5 tahun lalu. seseorang yang aku rasa sangat jauh dan tak mungkin hati ini akan rapuh melihatnya. Tapi kini, semua ketidakmungkinan sudah terjadi.
Kadang-kadang aku cuba menjaga hatiku. aku dindingkan hati aku setiap kali ia runtuh, aku tampal mana yang bocor, tapi aku penat untuk baiki dinding setiap kali aku bertemu. Syamin seorang perempuan yang kuat tapi aku sendiri mengakui diri aku ini lemah. Setiap kali bertemu, dinding aku akan runtuh. aku sendiri tak mahu tinggikan dinding itu, aku biar ia bocor. Tapi aku sedar dia takkan mungkin melihat aku seperti mana aku melihatnya. Dia sudah berpunya.
Terasa diri ini berdosa tatkala selalu mengharapkan hubungannya gagal. Aku sentiasa berperang dengan perasaan sendiri. maka, ada masanya aku 'hot' adan masanya aku 'cold'
Aku takut nak mencuba, takut gagal takut malu, takut aku tak mampu lagi berdepan dgnnya. takut.
Aku pula tak mampu nak melahirkan perasaan kepada seseorang yang aku tak kenal. Aku tak mampu nak membuka peluang pada seseorang yang aku tiada hati untuknya. Jadi, pilihan apa yang aku ada. hmm…Ini bukan jual mahal. Ini soal takut juga. hmm..
No comments:
Post a Comment