Search This Blog

Nov 29, 2011

Pertama Kali

Dari pertama kali azan didengar
Lahirku mengukir senyuman terindah orang tua

Dari pertama kali jejakku mencari ilmu
Niatku besarkan harapan mereka

Dari pertama kali usahaku berhasil
Gembira aku jadi anak yang dibangga

Dari pertama kali aku merantau
Niatku biar jauh tapi dipercaya

Biar semua tercapai 
Biar semua kuterdaki
Biar semua kusanggupi

Namun dalam tawa ada sendu
Dalam hati bertepu

Bijakku menyusun rancang 
Bijakku menyusun kata
Bijakku menyusun langkah

Tapi bodohku pada perasaan
Bodohku pada tangisan
Bodohku pada pandangan

Perasaan takkan hadir jika takkucari
Tangisan takkan berderai jika caranya kuketahui
Pandangan takkan kabur jika hati kuteguhi  





aku yang keliru, masih..

Dalam hidup, kita selalu teringin nak berjumpa dengan seseorang yang benar-benar jujur,
benar-benar ikhlas dan benar- benar memahami dan melayani kita dengan sebaik mungkin.

  MEMANG…

Memang tak kunafikan wujudnya insan yang punyai ciri seperti ini.. 

ciri yang biar kau terbang ke angkasa pabila mendengar suara risikan merdu darinya.. 

ciri yang biar kau berenang dari dasar lautan demi melihat sekilas pandangan darinya..

ciri yang biar kau berlari di bumi seribu batu hanya untuk rasai belaian manja darinya..
  
WUJUD.. tidak akan kusangkal.. 

tapi pernah kau duga, 

mungkin bukan kau sahaja yang dapat manis madu bibirnya

mungkin bukan kau sahaja yang rasa indah pandangan matanya

mungkin bukan kau sahaja yang rasa bahagia belaian manjanya

mungkin bukan kau yang pertama

mungkin bukan kau yang satu

mungkin bukan kau yang terakhir buatnya


bisa saja kau teman dia bermesra
bisa saja kau teman berlabuh basi kasihnya
bisa saja kau yang asing baginya
bisa saja

 tapi kau takkan pahami
hanya dia yang ketahui


ingin berlari meninggalkan yang pedih 
tapi kau tak terdaya
kerna sebahagianmu sudah tersemat disana
cuba lagi kau berlari tapi masih
tak terdaya
berlari dan berlari dan berlari
terus berlari
seperti dalam putaran, kau masih disini.. 






Nov 25, 2011

WOMEN or whatever they call we are

    PEREMPUAN!! haha.. jeng3.. Dari semalam terfikir nak tulis entry ni..tapi aku terpaksa lelapkan mata awal (takde la awal sangat pun), kalau tak alamatnya tak bangun subuh la aku..

   Bak kata sahabat lelaki aku dulu semasa aku tetiba marah dia.. lepas aku minta maaf, dia cakap,


       "takpe, WOMEN ARE DRIVEN BY HORMONES". 



   HAHA.. well said Abu (bukan nama sebenar)!!

   Tapi bukan fasal PMS yang nak aku bincangkan.. Bukan fasal hormon apa yang dirembes nak aku bincangkan malah bukan juga fasal Abu bajet cool beri jawapan cover malu  nak aku bincangkan.

   Tapi pasal feelings dan perasaan seorang yang digelar perempuan.. WAHHHH.. biar btol Camen tulis pasal ni.. ha! jangan memain.. Cik Camen deep jugak tauu..

   Aku pun sebenarnya kurang faham dengan perasaan dan cara pemikiran kaumku.. perasaan bahagia sampai ke langit tujuh boleh dihamparkan pada sekecil-kecil kegembiraan.. juga sebak dada; luruh hati sampai ke bumi pada sekecil-kecil kesedihan. 

    Aku tak hamburkan ini kepada sesiapa.. Sebenarnya, aku lihat sendiri pada diriku.. gembira aku bila lihat status aku di 'like' olehnya sudah cukup buat aku tak tidur malam. Bisa juga aku menari-nari sepanjang malam haha ( amaran: terselit hiperbola). 

                 ouhhh..berballet ala-ala miss Hepburn  :)



   Meremang tengkuk semalaman sampai terpaksa aku pegang kuat. Walhal, eleeehhhhhhhh… orang lain pun boleh 'like' kot.. sekali klik je pun.. ape nak happy sangat.. 


   Tapi itulaa.. alasannya..,


   'PEREMPUANNN…'

   

   

   

   


 

Nov 24, 2011

Pemangkin rasa mahu ngeblog

     Thanx banyak-banyak untuk 'Untuk Kawan-kawan Yang Kita Suka'.. Sebab baca entry-entry dia la buat aku nak menulis semula.. bukan MENIRU.. tapi terinspirasi..

     Pernah aku ada blog.. 2 kali tak salah aku.. tapi semua tak kekal.. mungkin sebab aku tak pandai nak merapu bila menulis..Selalu aku fikir bila blog harus 'disclose' kisah hidup, harus tulis bagi eksaited.. Tapi blog dia dah ajar aku untuk ekspresskan diri..

     Aku memang suka ekspreskan diri guna perkataan tapi selalunya hanya untuk simpanan sendiri. Malu untuk berkongsi sejak sekolah lagi. Mungkin juga sebab karekter aku yang 'bold', petah bercakap dan tegas membela diri.

     Tapi dalam petah itu, tak ada perasaan aku selitkan sebab takutku pada orang yang dapat baca zahir aku yang sebenar.. Aku pasti semua yang berkarekter seperti aku juga semuanya macam ini. kan? baik ngaku je koranggg...

     Mau sj aku masukkan puisi aku dalam blog tapi selepas tukar laptop, mana hilang entah semua tulisan aku.. sayang.. bukan senang nak menulis perkara yang sama.. rasa hati hanya datang sekali.. sedih..

     Sejak ke bumi eropah, masa tak memberi peluang untuk aku berfikir dan menulis. Mungkin aku yang tak mencari masa. pemalas..keke..

    Terkadang penat dengan ilmu perubatan yang kompleks lagi bertimbun.. dapat juga aku urai yang terkusut dengan mainan perkataan. Minat pada bahasa tak pernah luntur..

Inggeris perancis melayu,
Minatku tak pernah tersuam kuku,
Tinggal aku bukan kaku,
Tinggalku mencari sesuatu yang baru,
Kiniku kembali takkanku membatu,
Gerak jariku akan terus dan terus maju.

     FYI, tahniah sebab ko dah kahwin.. Selaku peminat aku panjatkan doa moga berkekalan sampai ke syurga. aku suka je Syeera ko tu.. kiut! bukan senang aku nak approve.. senyum sikit…yeayy.. mcm tu laaa ZA.. ;-)

P/S: merci beaucoup juga kepada sahabat aku , Cipa yang ajar aku mcmna blog ni operates.. hee <3!
 



The Little Me

   I realised that we come from different world. He who sat on golden chair, holding a silver platter but I who crawl on rough land searching for courage to help me standing. I who worked hard to have things go on my way but he had it all since the first cry.

   Looking at him is like looking in a mirror but only to see the worst of me. I am so much lacking; in so many ways which I couldn't explain. You fit the idea of perfection in every novels existed in the world.

   I've searched high and low only to find that you are on the other side of the mountain. The mountain which I can only look form afar; to reach it- impossible; to climb it-unbearable.

   My whole life is about me but I never felt like I'm the persona of a poem called 'CAMEN'S PERFECT WORLD'. The readers keep noticing I've appeared but they don't know that it is written that way to make it interesting but at the end--- I end up with nothing. (LIFE BRIEF CANDLE huh?).

   Special thank I dedicate to the Poet who wrote the stanzas; not that Im being ungrateful or less appreciative but it's just the fact that I don't feel the story that is been told-- is about me at all..

   My mind dives deep into thoughts and imaginations.. Deeper and deeper.. till I hit the rock bottom. Hence, I understood how world works. World is cruel, world is judgemental.

   'Beauty is only a skin deep' is rethoric. As long as eyes can see, judgements never slip away and there I am; standing outside my wall; being judged for every single detail of my presence. As if I'm standing naked under spotlight before a big crowd of a football match.

 I ain't no perfect. And neither you too..

Have Faith.. He always being helpful to those who seek for His blessings.. Bye! :)




Nov 23, 2011

SAYA MISKIN

   Masalah kewangan.. hurmm.. memang aku selalu akan dirundum dengan masalah ni. Aku bersyukur adanya wang sara hidup (thanx MARA) tapi aku ja yang tak pernah nak menabung fikirkan masa depan..

   Bila dah terkena baru nak stop and ponder. Biar ja pengalaman this month mengajar aku. Aku sikit pun tak marah atau menyesal. Aku still muda dan ini adalah pengajaran.. So, next month dan month-month selepas ni aku mesti berjaga-jaga..
 
   S*** punya syarikat perkhidmatan telefon.. korg nak cekau duit aku sampai 97.90euro.. Mak aiii.. beragak sikittt..hurmm. maybe aku yang tak perasan aku terguna banyak.. keke..

   Takpa2… dah sedih sangat sambil tulis bukan boleh bagi duit jatuh dari langit.. Baik aku pg siap-siap nak  ke kelas.. Exam nak dekat dah Cik Jah.. tapi kepala aku still pikir psal duit, chenta ati, ari nk masak ape bagaiii.. haha..

   MARI MENABUNG YOSH!!!