Search This Blog

Jan 25, 2012

AKU... Entah??

Pernah rasa satu perasaan yang entah mana datang,
jiwa gelora (ayat nak bajet kan) tapi memang tepat dengan keadaan AKU sekarang.
AKU tak tahu nak gambarkan. sedihkah AKU? kecewakah AKU? marahkah AKU? penatkah AKU? 

entah.. 

KOSONG...

tak tahu apa sebab musabab  
tak ada aral datang tersembam

marah? jauh sekali
kecewa? mungkin setapak menongkah arus
sedih? hurmmm...sudah hampir tu
rindu?? errr... ENTAH LAGI.. 

bila ada rasa dalam hati kering seorang yang bernama AKU.
Bibir biar buka bicaranya ENTAH. 

kerana AKU itu mengerti juga tiada

ya Allah adakah AKU sendiri yang mendera jiwa sedangkan 
Kau beri titian luas untuk AKU merasai rasa ini.

p/s: entry yang AKU sahaja yang faham. tak apa.. sebaik baiknya dapat AKU leraikan anak-anak pemikiran yang berkelahi dalam kepala.. 

Jadi, dah boleh setadi la kan Cik AKU?? hehe

Jan 3, 2012

POLITIK: dari apa yang kulihat

     Kebelakangan ini aku sering lihat papan skrin komputer ribaku akan kacau bilaunya politik negaraku. Banyak pendapatku; banyak pemikiranku yang inginku kongsikan bersama manusia lain. Tapi tak kujumpa manusia yang ingin berbicara kisah dongeng kancah politik. Jikaku hamburkan segala yang ligat di kepala, manusia kecam aku pro-A dan anti-B.. susah bila orang suka buat penilaian

Kerajaanku hebat tetapi penggeraknya korup
rakyatnya celik tapi buta cara
pemain pentasnya niat jadi penolong
tapi pabila naik mula jaga pangkat dan harta
bila diatas mula jaga orang yang dulu mengandar
duit gelap bersepah merata- rata

Kini takut hijab terbuka 
jika tampuknye berubah

Pembangkangku bersuara
mintak perubahan tapi kadangnya jelik
mintanya yang tak dapat ditunai
mintanya menggugat hak ditangan
kritikan diberi perbaiki yang buruk
tapi diguna untuk jatuhkan yang ada

Ada yang hantu
bila diseru baru melatah
kekiri pergi dia kekiri
kekenan pergi dia kekanan
melaung sambil hirup kopi
telan karipap sambil mulut celoteh

Permerhati dari jauh hanya lihat
mula bersuara tapi kecil
tak tahu merangkak mahu kemana
atas pagar tapi mesti juga terpesong kiri atau kanan
amarah datang lihat kini tampuknya gelap
tapi takutnya juga ada pada perubahan
takut haknya kini ditarik
takut hilang satu persatu
mungkin dulu kurang dapatnya
tapi nanti hilang terus dakapannya.